Wednesday, December 16, 2009

TAHUN BARU datang lagi....azam baru??

salam semua... bulan ni kita akan sambut tahun baru kan? tahun baru Islam yang tak disambut oleh umatnya jatuh Jumaat ni...tahun baru Masihi pun Jumaat Jugak. lagi 2 minggu la tapi...

sebut pasal tahun baru, semua orang mesti sebok2 nak buat azam baru. kunun2 tahun baru ni mestilah berkobar2 untuk melaksanakan azam yang baru jugak. walaupun azam tahun baru ni sebenarnya sudah lapuk sebab asyik barukan azam yang dari zaman Jepun lagi T__T... yang merokok azam dia nak berhenti merokok (-.-")--->walaupun tahun yang sudah memang itu la azamnya. disebabkan tak tertunai lagi, maka di'postpone'kan ke tahun seterusnya. yang bujang plak azam dia nak cari laki/bini :P dan yang menanam anggur kat fesbuk je hari2 24jam sehari berazam nak cari keje gomen ato kat bilik ada aircond. fuhhhh.. semua time2 buat azam baru ni sangat tinggilah cita2nya... kalau boleh biarlah sampai langit ke-7 (>.<)

okey2, melalut plak (-.-").... sekarang ni aku pulak nak senaraikan azam baru sempena tahun baru Hijrah 1431 ni....
  1. disebabkan aku masih lagi bujang trang tang tang (ape?! ingat guys je blh guna istilah ni???)...so, tahun depan aku berazam nak kawen.. ececehhhh... gatai noooo... (-.-") . sekarang dah kene rancang neh. sebab aku sekarang sambung master. takut2 da abes nanti takde plak yang nak. takut sebab blaja tinggi2 sampai tingkat 7... super saiyya kowt tuuuu.... :P
  2. dah aku gatai berazam nak kawen, so kena la berazam nak jadi isteri solehah kan.. wallaweiiii... tinggi cita2 neh.. sape2 ada yang nak guide?? tulung2!!
  3. aku jugak berazam untuk habis master hujung tahun depan. hahaha.. azam bab2 blajar ni letak no 3. nampak sangat tak berapa nak penting.. enjoy la beb sambung master ni walaupun asyik main kejar2 and nyorok2 ala2 permainan polis sentri (iye ke eja macam tu. fail betul la T_T ) dengan lecturer..haha
  4. sebab Tahun baru Hijrah lagi dua hari, aku berazam nak cerahkan balik kulit aku yang dah jadi 4 tona lebih gelap (terbalik dari kenyataan iklan Garnier T_____T). sebab terjadinya demikian kerana telah berjemur di tengah teriknya mentari di sawah kontang di tanjung karang dari pagi sampailah ke petang. maka dengan itu sunblock spf130++ juga tidak mampu untuk blocking sinaran penggelapan kulit.. waaaaa.....padahal aku memang tak cerah pun tapi sebab da makin gelap maka azam ini perlu.... tsk..tsk.. T__T .. any product suggestion???
rasanya cukup sudah azam2 baru untuk tahun depan.. azam tahun depan memang tidak melibatkan kos yang tinggi sebab aku tengah pokai.. tsk..tsk.. nak melabur dalam ASB tak yakin plak ke mana dia melabur sebab aku baca surat khabar memang ASB takde syariah approval. buat kawan2, nak melabur pun biar kita tahu sedikit sebanyak benda tu ada pengesahan halal atau tak. bukan makanan je yang perlu pengesahan halal JAKIM tapi banyak benda lagi yang ada halal haram ni.... renung2 kan dan selamat beramal....

p/s: SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1431 dan SELAMAT TAHUN BARU MASIHI 2010 kepada semua penduduk bumi.....

.
..
...

Wednesday, December 2, 2009

hate #1: hypocracy

apa ko rasa saat ada orang mengata yang amat menyakitkan hati tentang ko? tapi depan ko dia bukan main baik lagi....

aku dah banyak merasa hal2 begini. bukan sekali dua tapi cukup lah untuk tetap berkerak di hati ini selama-lamanya...

what will u do when the person is the most respected in ur list doing such immoral things to u? cukup tak rasa-rasanya melayangkan tempias amarah dengan memendam segala rasa yang berbuku hanya di hati?

aku sudah tak de semangat lagi...
rehat perlu ketika ini.....

Thursday, November 26, 2009

Terapi terBAEK!!

maaf! tiada gambar disertakan. kenapa? my lovey-dovey D60 telah dipinjam oleh sang kekanda lalu lewat dipulangkan!! waaa T_______T

lepas ni taknak kasi pinjam lagi. jangan harap tau!!!

al-kisahnya, satu percutian tanpa tajaan tapi penginapan dan makan+minum disediakan secara percuma..... siapa yang taknak sila angkat tangan?!!

ke mana? PULAU PANGKOR!! yeay!!--<perasaan orang yang baru pertama kali jejak kaki ke pulau di Malaysia ("- -).> bak kata adik aku, punyalah jauh berjalan sampai ke Manila, pangkor pun tak penah pegi.. tak yah la nak berbangga jadi rakyat Malaysia.. -------cett!!

sama siapa pergi sana?
owh..lone ranger la. bru mencabar kan. lalala~~ pasan sungguh!!

kenapa free?
owh, tiket ke Lumut guna duit elaun sendiri. tiket dari Pudu RM24++. tambang feri, abang kesayangan yang bayarkan. yeay!! jimat duit eden. tempat tinggal di apartment 4 tingkat 3 bilik tidur, lengkap dengan dapur dan perabut. sangat hampir dengan pantai. sampai tidur pn diulit bunyi-bunyian ombak menghempas pasir pantai yang memutih.makan di masak oleh isteri kesayangan abangku.

sungguh indah terpai ni kan? lagi2 lepas tension pasal projek di uni....wahhhh...dapat bayangkan semua???


ok. cerita sebenar ialah abangku seorang cekgu di Pulau pangkor. lalu dapat la duduk di kuarters guru yang sangat hampir dengan pantai. kebetulannya bilik aku menghadap pantai yang membiru. jadi, penginapan dan makan2 sah2 la for FREEEEEE!!!!

setiap hari acara mandi2 laut menjadi kewajiban.. ecececehh.. padahal aku pegi 2 hari je pun. sempat mandi petang hari pertama dan pagi hari kedua. tiap2 hari la kan? hehe..

sempat gak makan sotong celup tepung hasil penat lelah abang dan adik ku memamncing di laut yag tohor. sungguh berselera sampai senak perut makan.huhu. sungguh bagus terapi alam semulajadi neh....



p/s: disebabkan teruja nak tengok adik aku memancing sotong, maka secara tak senngaja aku telah memandikan henset sabun adik ku yang banyak merakam detik2 manis kami di sana T__T. maka aku bernasib baik sebab beliau tidak menuntut ganti rugi ("- -)



p/s/s: SALAM AIDILADHA semua...


nite....

Monday, November 16, 2009

mengUPDATE!!!

salam semua..

setelah sekian lama nak masuk blog tapi tak dapat2, akhirnya dengan bantuan password resetting dapat jua ku menulis lagi. huh lega!! T_T

mulai dari hari ini hajat di hati ingin selalu meng"update" blog ini selalu....

seiring dengan pertambahan usia, maka blog ini harapnya lebih matang la kan. cheewaaahh...
tapi sekarang tengah bergelut lagi untuk menyiapkan apa2 yang patut untuk master neh.. moga2 dimudahkan jalan untuk menyelesaikannya nanti.. ameeeenn!

ok, cukup untuk comeback kali ni (cett!! ingat artis la ni nak buat comeback ntah apa2 ntah.. haha (-.-'') )

sekian...

jom tido di siang hari yang dingin lagi nyaman ni.. hujan, bes tido.lalala~~~

Sunday, August 23, 2009

hutang tag dibayar tag

kepada cik arasis, beta memohon jutaan kemaafan kerana setelah sekian lama baru beta dapat menunaikan hutang tag tuan hamba... harap tuan hamba dapat menerima pencemaran duli beta ini ye!!

Perkara yang perlu dilakukan:

  1. Letak gambar ibu anda bersama anda.
  2. describe pasal gambar tersebut. Event, tarikh, hari dsbg.
  3. macam biase, tag orang lain pulak.
(p/s: ini kopi pes dari belog izza je sebenarnya. haha)


gambar bersama bunda tercinta


gambar ini diambil sempena dengan majlis konvo upm ke 33 baru-baru ni.. butirannya seperti berikut:

tarikh : 08 08 09 (chinese ske la tarikh ni. manyak ong maa....haha)
sesi : sesi 1 (sebenarnya nak cakap terima scroll dari tangan sultan. weeee~~)

cukup-cukup lah. menggedik je lebih. T__T tsk...tsk

okey...
sekarang nak tag beliau di bawah ye...


1. miko yamaguchi
2. syed smart
3. si jelita


haha...


nak tidur...
esok nak sahur...

jom tido!!
.
.
.

Friday, August 21, 2009

alhamdulillah.. AKHIRnya

segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. setelah kecewa untuk 1st batch, akhirnya muncul juga di 2nd batch.. moga2 selepas ini aku lebih bersemangat melakukan kerja..

lepas ini, mesti prof wan tercari-cari di mana gerangannya aku kalau tidak muncul di lab. huhu

Monday, August 3, 2009

anda ingin KURUS dan LANGSING? ini PETUAnya

TABIAT makan memang mampu mengubah diri apatah lagi jika rajin meneliti corak pemakanan yang diwarisi secara tradisional di pelbagai pelosok dunia.

Antara tabiat pemakanan yang sering menjadi tumpuan adalah diet warisan masyarakat Asia khususnya di Jepun, China, Korea, Vietnam, Thailand dan India manakala di Eropah, cara tradisional pemakanan masyarakat Perancis turut menjadi perhatian.

Hasil tulisan perunding pemasaran kelahiran Jepun, Naomi Moriyama menerusi bukunya berjudul Japanese Women Don't Get Old or Fat, menyelongkar petua di sebalik gaya hidup wanita negara matahari terbit itu yang muda bertenaga.

Dia bukanlah pengamal diet, tetapi rahsianya mudah saja, menikmati masakan rumah cara Jepun.
Dia juga yakin jangka hayat hidup yang panjang dan kadar obesiti yang rendah di kalangan masyarakat Jepun banyak berkait dengan jenis makanan disediakan di rumah.

Membesar di Tokyo dan kini tinggal di New York, Amerika Syarikat, Naomi pernah mengalami pertambahan berat lebih 10 kilogram dengan ketinggian hanya 150 sentimeter ketika menuntut di kolej kerana banyak menikmati makanan Amerika.

Dia dan suaminya kini bertukar kepada cara makan tradisional Jepun.

Lebih langsing dan bertenaga, dia berkongsi strategi pemakanannya yang digelar sebagai tujuh rahsia dapur Tokyo.

Rahsia pertama, makanan yang menjadi keutamaan termasuk ikan, soya, nasi, sayur-sayuran dan buah-buahan. Kedua, sajian makanan adalah kecil.

Ketiga, sup miso menjadi sajian sarapan utama.

Keempat, memasak secara sederhana. Kelima, nasi menggantikan roti.

Keenam, hanya jamah makanan pencuci mulut.

Ketujuh, wanita Jepun lazimnya tidak mengamalkan diet sebaliknya hanya makan apa saja yang digemari dalam jumlah sedikit.

Naomi mengakui masyarakat Jepun juga tidak makan hingga kenyang sepenuhnya kerana lazimnya mereka makan hingga 80 peratus kenyang.

Mereka juga banyak berjalan iaitu mereka mengambil peluang untuk berjalan ke mana saja.

"Makanan Jepun memberi tumpuan terhadap tenaga makanan yang dihasilkan dalam saiz yang memuaskan. Tidak perlu masak cara Jepun untuk menikmati asas diet yang menyihatkan, hanya makan lebih ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan serta tambah beberapa pilihan menyihatkan seperti taufu dan nasi," kata Naomi.

Menurutnya, cara hidup dan diet itu juga membuatkan masyarakat Jepun baik lelaki atau wanita, hidup lebih lama dan sihat.

Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jangka hayat wanita dan lelaki Jepun adalah 86 serta 79 tahun berbanding warga Amerika, 80 tahun (wanita) dan 75 tahun (lelaki).

Selain itu, masyarakat Jepun mencatatkan kadar obesiti paling rendah di kalangan negara maju iaitu kira-kira tiga peratus berbanding 11 peratus untuk Perancis dan 32 peratus Amerika.

"Mungkin ramai yang kata ia sebahagian daripada genetik kami, tetapi apabila orang Jepun mula mengamalkan cara pemakanan Barat, mereka cepat mengalami pertambahan berat badan," kata Naomi sambil menambah petua, seseorang itu harus makan dengan mata.

Menurutnya, keajaiban makan cara Jepun adalah keseimbangan yang menyihatkan dari segi inti makanan serta menyajikan makanan lazat yang rendah kalori.

Di samping itu, makanan harus disajikan cantik menerusi jumlahnya yang kecil dalam pinggan kecil molek.

"Menerusi cara itu, ia menggalakkan seseorang untuk 'makan dengan mata' dengan menikmati keindahan makanan. Hasilnya, kita akan makan dengan perlahan untuk menikmati setiap gigitan.

"Ini juga bermaksud, seseorang itu akan makan dalam jumlah yang sedikit kerana ia memberikan masa kepada otak untuk sedar bahawa tubuh kita sudah kenyang," katanya.

Menurutnya, secara purata masyarakat Jepun makan kira-kira 25 peratus kurang kalori setiap hari berbanding warga Amerika.

Makan hanya lapan peratus kurang daripada jumlah kalori setiap hari sambil meningkatkan aktiviti fizikal secara sederhana, mungkin memadai untuk menggalakkan usia yang lebih panjang, menurut penyelidikan Kolej Perubatan Universiti Florida.

Diet Jepun juga banyak pengambilan nasi iaitu kira-kira enam kali ganda lebih banyak daripada jumlah diambil seseorang yang mengamalkan pemakanan di Amerika.

Di Jepun, semangkuk kecil nasi dihidangkan bersama hampir semua sajian termasuk sarapan.

Karbohidrat kompleks yang rendah lemak itu memang mengenyangkan justeru, seseorang itu kurang keinginan untuk makan makanan berlemak seperti biskut dan pastri.

Menurut Naomi, masyarakat Jepun juga gila makan sayur. Sayur-sayuran seperti lada benggala merah, lada benggala hijau, kacang hijau, terung, bawang, tomato, kobis, lobak merah, bayam, pucuk rebung, akar teratai, cendawan shitake, kentang manis serta rumpai laut adalah antara yang digemari dalam pemakanan Jepun.

Malah, tiada siapa fikir ia sesuatu yang ganjil apabila mereka menyediakan sup sayur-sayuran atau salad untuk sarapan. Sayur-sayuran itu biasanya disediakan dengan rebusan berperisa, tumis bersama minyak kanola atau dikukus perlahan, semua kaedah itu mengekalkan jumlah khasiat yang maksimum.

Ikan seperti salmon, tuna, makerel dan sardin adalah sumber penting asid lemak omega-3 yang dikenali kerana manfaat kesihatannya untuk jantung.

Cuma, diet Jepun mungkin mengandungi sodium yang tinggi, justeru kurangkan pengambilannya terutama di dalam sos soya atau teriyaki atau menggunakan sos berkenaan dalam jumlah yang kecil.

Rahsia diet masyarakat Jepun itu jika diteliti, sesetengahnya ada persamaan dengan tabiat pemakanan yang diwarisi secara tradisional oleh masyarakat Perancis.

Seperti diketengahkan penulis Mireille Guiliano yang menghasilkan buku yang cukup laris beberapa tahun lalu, French Women Don't Get Fat, ada sesuatu yang harus dipelajari daripada sikap orang Perancis terhadap makanan.

Baginya, seseorang itu harus menikmati makanan, bukannya takutkan makanan.

Masyarakat Perancis rata-rata bukan saja menikmati makanan mereka, tetapi pada masa sama, mengawal berat badan menerusi perubahan kecil dalam tabiat pemakanan.

Mireille mengakui wanita Perancis biasanya makan mengikut waktu.

Mereka juga tidak kisah mengenai jumlah kalori makanan sebaliknya menjalin hubungan yang seimbang dengan makanan.

Ini bermakna seseorang itu harus memberi penekanan terhadap kualiti, bukannya kuantiti dan belajar untuk makan secara perlahan supaya dapat menikmati makanan, sekali gus mengelak tabiat makan dengan gelojoh.

Baginya, seseorang itu boleh menikmati apa saja makanan, tetapi ia harus secara sederhana.

Makanan Perancis biasanya mengandungi beberapa hidangan, tetapi sajiannya kecil dan makanan berkenaan berkualiti tinggi.

Saranan Mireille, menikmati secubit coklat berkualiti tinggi adalah lebih memuaskan selera daripada sekeping coklat bersaiz besar.

Keseimbangan dimaksudkan penulis ini bukan saja membabitkan makanan, tetapi aspek lain.

Misalnya, jika seseorang itu menikmati pencuci mulut ketika makan tengah hari, dia lazimnya memilih hidangan makan malam yang agak ringan atau bersenam dengan berjalan sekeliling kediaman.

Meskipun tiada kajian saintifik disentuh dalam bukunya, penyelidikan perubatan turut menyokong hasil tulisan wanita yang mencecah usia 60 tahun ini.

Kajian Universiti Pennsylvania, Amerika misalnya mendapati meskipun kebanyakan makanan Perancis mempunyai kandungan lemak yang tinggi, masyarakat Perancis biasanya menikmati saiz hidangan yang lebih kecil dan kebanyakannya mengambil jumlah kalori yang lebih sedikit berbanding kebanyakan masyarakat AS.

petikan: harian metro

p/s: makan sushi atau tako adalah baik untuk kesihatan (mentang2 la fevret saya.. >_~ )

p/s/s: tadi rasa ngantuk. tapi sempat je copy artikel di atas



jom TIDUR...zzZzz..
.
.
.